UM Press

Lee Hau Shik (1901-1988) atau lebih dikenali sebagai H.S. Lee merupakan salah seorang pengasas Malayan Chinese Association (MCA) dan terlibat secara langsung dalam pembentukan Parti Perikatan, iaitu Barisan Nasional hari ini. Beliau juga merupakan Menteri kewangan yang pertama bagi Tanah Melayu yang baru merdeka. Lahir di Hong Kong dan lulusan University of Cambridge, Lee tiba di Tanah Melayu pada usia 24 tahun untuk meneroka perniagaan keluarganya dalam perlombongan bijih timah. Beliau kemudian muncul sebagai seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan satusatunya orang Cina yang mewakili Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan dengan British.

Buku ini bukan hanya sebuah biografi politik H.S. Lee, tetapi juga merupakan satu kajian sejarah perniagaan dalam kajian perniagaan keluarga yang merentasi tiga generasi. Beberapa bidang industri yang kita lihat hari ini di Malaysia adalah milikan keluarga Lee suatu masa dahulu. Sesungguhnya, buku ini turut mencatatkan detik-detik penting dalam sejarah Malaysia serta membantu pembaca memahami sifat dan jenis kepimpinan yang berbeza dalam masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Tun Sir Henry Lee Hau Shik: Ahli Tokoh Perniagaan Dan Tokoh Politik


Buku ini melihat kebangkitan besar di Palestin iaitu intifadah pada tahun 1987 dan 2000. Tumpuan diberikan pada Intifadah al-Aqsa, iaitu intifadah kedua pada tahun 2000 dan meneliti kesannya kepada proses damai Arab-Israel. Proses damai yang dirangka selepas Intifadah al-Aqsa masih berlanjutan sehingga kini. Perjanjian Oslo pula yang dirangka selepas intifadah pertama pada tahun 1987 terhenti dengan kebangkitan Intifadah al-Aqsa. Intifadah memberi kesan yang besar terhadap proses damai di Palestin dengan isu-isu utama yang menjadi perbalahan sejak sekian lama seperti penempatan Yahudi, hak untuk kembali, sempadan wilayah dan juga status Jerusalem.


Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Islam kerana kiblat pertama adalah Masjid al-Aqsa. Rakyat Palestin sudah lama menentang Israel khususnya selepas penubuhannya pada tahun 1948. Penentangan terhadap Israel turut melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria. Konflik yang berlanjutan ini membawa kepada perbincangan dan pelan damai yang diusahakan oleh pelbagai pihak bagi mencapai keamanan di Palest

​Intifadah Al-Aqsa: Kebangkitan Rakyat Palestin


Fokus utama buku ini ialah menganalisis dan menilai punca konflik antara etnik Melayu dengan etnik Cina dalam proses pembinaan negara-bangsa di Malaysia dari sudut baharu, iaitu perspektif peradaban.

Ini merujuk kepada dua nilai utama yang terangkum dalam peradaban dan budaya yang dikenali sebagai nilai induk dan rukun teras. Usaha memupuk kesatuan antara etnik Melayu dengan etnik Cina bukanlah sesuatu yang mudah kerana masing-masing lahir dengan mewarisi unsur budaya dan peradaban yang bertembungan.

Jurang yang memisahkan hubungan kedua-dua etnik ini mungkin dapat dikurangkan dan kerjasama mampu dipupuk sekiranya semua pihak sedia bertolak ansur serta memahami kedudukan masing-masing menerusi sejarah

Peradaban Dan Perkauman Di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu-Cina

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.