NuBook

Hikayat Faridah Hanom adalah novel hasil karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1925. Novel ini menggunakan kata ‘hikayat’ sebagaimana ‘Hikayat Abdullah’ atau ‘Hikayat Inderputera’. Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi.

Novel ini menggambarkan percintaan muda-mudi yang terhalang seperti yang digambarkan dalam cerita liput lara Melayu. Pertemuan pasangan yang bercinta itu adalah secara biasa dab tiada lagi diselitkan unsur-unsur khayalan seperti mimpi.Percintaan dalam karya ini bukanlah percintaan antara seorang wira yang mencari seorang wanita yang diilhamkan oleh mimpi, ataupun yang ditemui dalam pengembaraan seperti yang terdapat dalam kebanyakkan hikayat, tetapi percintaan dalam Faridah Hanum mempunyai nilai intelektual… percintaan antara keduanya lebih merupakan sebagai panduan spritual hasil daripada cita- cita yang sama. Tema percintaan seumpama ini adalah tema percintaan yang baru dalam kesusasteraan Melayu pada waktu ini.

Hikayat Faridah Hanum menampilkan perkahwinan paksa antara Faridah Hanum dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Sebagai tanda protes terhadap amalan ini, pengarang mengambarkan perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tua itu tidak membahagiakan. Tema seumpama ini terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanom dan Salah Asuhan.

Novel ini mengangkat emansipasi wanita yang menampilkan watak Faridah Hanum seorang perempuan yang berpendidikan. Yahya Ismail (1963: 438) meletakkan Syed Sheikh Al-Hadi sebagai pelopor tema emansipasi wanita dalam novel di Malaysia. Melalui watak Faridah Hanum wanita tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki malah wajar berdikari. Namun begitu wanita juga disarankan supaya menjaga batas-batas pergaulan agar tidak terkeluar dari nilai dan normal masyarakat pada ketika itu.

Hikayat Faridah Hanum melukiskan persoalan ini:
Bermula, menyekat akan perempuan daripada pelajaran itu suatu dosa yang maha besar di atas kaum dan bangsa dan negeri yang akan diperiksa kelak oleh Tuhan dihadapan-Nya di padang mahsyar dan dibalasi-Nya dengan penjara neraka jahanam bagaimana laki-laki itu penjara sekalian perempuan-perempuan di dalam api dapurnya sahaja di dunia ini. (Hikayat Faridah Hanum, 1985: 136)

Hikayat Faridah Hanum


Aku tulis buku ini nak berkongsi cerita pengalaman aku berjumpa dengan budak-budak sekolah di negara kita. Dalam buku ini juga, ada juga aku selitkan sikit-sikit kata nasihat dan tips-tips yang berguna untuk hidup kita.

Aku tak harapkan lepas kau baca buku ni, tiba-tiba esok terus jadi pak ustaz. Tapi aku harap, bila kau baca sahaja buku ni, kau menjadi seorang manusia.

Aku Bukan Ustak Yutiub


Kebahagiaan adalah satu pilihan. Bukan pemberian, bukan juga belas kasihan. Kita tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan kebahagiaan. Kerana bahagia itu bermula dari dalam diri kemudian baru sampai kepada orang lain.

Untuk menjadi orang yang paling bahagia, tidak susah. Langkah pertama adalah hargai diri sendiri dan beri peluang kepada diri sendiri merasai nikmat bahagia. Mudah bukan?

Bagaimana kebahagiaan itu dapat diraih jika kita tidak berusaha. Bagaimana ia mahu datang jika kita tidak menjemputnya. Kebahagiaan adalah hasil usaha. Jemputlah kebahagiaan, sesunggunya kita semua layak BAHAGIA!

“IF YOU WANT TO BE HAPPY, BE!” -Leo Tolstoy

Obligasi: Aku Pun Boleh Bahagia


Mulut ini tidak pernah culas untuk berzikir dan beristighfar. Sukarnya untuk berperasaan begini jika berada di Malaysia.

Belum tentu masa-masa terluang begini diisi dengan zikrullah. Perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Hakikatnya, hati sebulat-bulatnya menyerah diri dan tidak sabar lagi untuk berkunjung ke rumah Allah dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

Ya Allah… ajaibnya bumi Madinah.

Ajaibnya rumah Allah.

Ajaibnya menjadi tetamu Allah.

Diari Umrah Pertamaku

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.