Lejen Press

Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum - serta perhubungan dengan adik beradik Mira - Aiman dan Nana - yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik - Mira dan Nana.

Disamping cerita Awek Chuck Taylor ini berpusar kepada keluarga Mira - cerita ini juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Sheila, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek yang gila kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan Melayu urban influence Nona dan Cerekarama bernama Azrina. Dan cerita ini juga berceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman serta drama di depan gerai nasi ayam

AWEK CHUCK TAYLOR (WHITE COVER)


Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh.

Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua; yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.

BAYANG


Tuan Badrul, seorang ahli perniagaan yang bercita-cita menjadi Mantri Perdana (MP) telah mengarahkan si pencerita untuk menyiasat anak dalam kandungan seorang reporter, Monalisa. Pada masa yang sama, si pencerita juga mula terlibat secara paksa dengan sebuah perkumpulan rahsia yang sedang merancang untuk memarakkan api revolusi negara melalui buku puisi tulisan Mokhtar.

Mokhtar, bekas sahabat si pencerita, ialah seorang penulis puisi, anarkis, membenci kapitalis dan merancang untuk meletupkan bangunan KLBC milik Tuan Badrul. Dia telah memutuskan tali persahabatan dengan si pencerita, lalu menghilangkan diri selepas menuduh si pencerita merampas kekasihnya, Sheila. Dan melalui Sheila, si pencerita mula kenal siapa Mokhtar sebenarnya.

Novel ini mungkin sebuah satira politik. Di dalamnya terkandung elemen persahabatan, cinta, puisi dan orang-orang gila.

BALACHI


Namaku Raib, usiaku 15 tahun. Aku budak perempuan seperti kalian, adik-adik kalian, tetangga kalian. Aku ada dua kucing, namanya Si Putih dan Si Hitam. Mama dan papaku orang yang baik. Guru-guru di sekolahku juga baik. Teman-temanku pun baik.

 Aku sama seperti remaja yang lain, kecuali satu hal. Sesuatu yang aku simpan sendiri sejak kecil. Sesuatu yang menakjubkan.

Namaku, Raib. Dan aku boleh bertukar menjadi halimunan.

BUMI


Kisah seorang gadis penggemar coklat bernama Orvala yang bertemu dengan Aruna pemilik Fedde Velten Cafe. Pertemuan ini menyebabkan Orvala dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pembancuh coklat. Hubungan mereka semakin rapat sehingga pada suatu hari Juno, kekasih lama Orvala pulang dan berlaku perselisihan faham di antara mereka.

“Rintik hujan malam itu tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Loceng angin di atas kafe berdenting nyaring. Aku menikmati hangatnya coklat layaknya sebuah cermin. Kepada siapa sebaiknya aku kirimkan cinta dari hati ini. Saat Fedde Velten Cafe mempertemukan kami kembali. Secawan coklat mengingatkanmu pada kisah lama itu lagi,”

COKLAT


ESTiEM menggabungkan Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Davika, gadis Siam yang membesar dalam fasa dunia baru, harus bangkit dalam zaman kejatuhan keluarga dan bangsanya.

Apabila 4 negara telah bergabung, 3 bahasa masih bertarung. Saat cuma 2 agama menjadi pilihan, 1 pentas layar diwujudkan.

Davika ditawarkan tempat bergantung hidup tetapi hatinya memilih cita-cita. Apabila dihadapkan dugaan keluarga, kecekalannya enggan berputus asa. Setelah membawa diri, tekadnya gigih memburu impian. Semangat diri disimpan rapi agar dugaan yang menimpa tidak dijadikan alasan.

Dan dalam pencarian hala tuju masa depan, Davika yang naif berdepan dengan satu ujian—cinta.

DAVIKA


Dalam dunia penerbangan, ada satu istilah dipanggil ‘critical eleven’, iaitu sebelas minit paling kritikal dalam pesawat – tiga minit selepas ‘take-off’ dan lapan minit sebelum ‘landing’ – kerana secara statistik, kecelakaan pesawat selalunya terjadi dalam minit-minit kritikal ini. It’s when the aircraft is most vulnerable to any danger.

In a way, it’s kinda the same with meeting people. Tiga minit pertamanya – imej pandangan pertama akan terbentuk. Dan lapan minit sebelum berpisah juga kritikal – senyuman, tindak tanduk dan ekspresi wajah menjadi tanda jika pertemuan itu akan menjadi permulaan kepada sesuatu atau sebaliknya.

Ale dan Anya bertemu kali pertama dalam penerbangan Jakarta–Sydney. Tiga minit pertama, Anya terpikat, tujuh jam berikutnya mereka duduk bersebelahan saling berkenalan dalam tawa, dan lapan minit sebelum berpisah, Ale yakin dia menginginkan Anya.

Kini, lima tahun setelah pertemuan itu, Ale dan Anya ditimpa satu dugaan besar dalam perhubungan mereka yang membuatkan mereka mempersoalkan semula pilihan mereka selama ini – termasuklah keputusan dalam ‘critical eleven’ pertemuan pertama mereka.

TRIVIA

Sewaktu pelancaran Critical Eleven di Indonesia, semua naskhah habis terjual dalam masa 11 minit saja.

Selama 3 bulan awal penerbitannya, novel ini sudah diulang cetak sebanyak 7 kali.

Novel ini telah diadaptasi ke filem oleh Starvision Plus, dan mendapat kerjasama Legacy Pictures kerana produser Legacy Pictures sangat sukakan novel Critical Eleven.

Sehingga 2017, filem Critical Eleven masih kekal dalam senarai 10 filem Indonesia dengan perolehan jumlah penonton tertinggi.

Kini, selain diterjemah ke dalam bahasa Melayu, novel Critical Eleven versi screenplay juga diterbitkan khas untuk pembaca menyelami ‘behind the scene’ filem Critical Eleven

Rating di Goodreads: 3.82/5.00 – agak tinggi

Uqasha: Nafsu – 3.30, Uqasha 2: Rahsia – 4.04, Davika – 4.00

Creepyposta – 3.50, Awek Chuck Taylor – 3.56, H.A.K: Hanya Ada Kematian – 4.43

CRITICAL ELEVEN

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.