HAMKA

Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan gelaran Buya Hamk, lahir di Maninjau, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, 17 Februari 1908; meninggal dunia di Jakarta, 24 Julai 1981, pada umur 73 tahun. Beliau adalah sasterawan tersohor Nusantara, sekaligus ulama, pujangga dan ahli falsafah serta aktivis politik. Bahkan, terkini beliau dinyatakan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia setelah dikeluarkannya Keppres No. 113/TK/Tahun2011, pada 9 November 2011.

"Jika anak Adam itu dua lembah emas, mereka akan minta legi lembah ketiga. Tetapi tidaklah akan memenuhi perut anak Adam selain daripada tanah." (Al-Hadis) Tetapi akan terus menerus sajalah begitu keadaannya? Ini pun telah dijawab oleh Baginda SAW, Baginda bersabda: "Kebaikan akan tetap ada padaku dan pada umatku sampai hari kiamat.

Prinsip & Kebijaksanaan Dakwah Islam


Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan.

Nama Hamka bukan saja terkenal di Indonesia malah di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa Negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang Sasterawan, pendakwah, ulama dan aktivis politik.

Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri di Padang Panjang. Di situ Buya Hamka belajar agama dan bahasa Arab.

Buya Hamka pernah menjadi guru agama pada tahun 1927 di sekolah Agama Perkebunan Tebing Tinggi, Medan kemudian berpindah ke Padang Panjang pada tahun 1929. Buya Hamka pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Kemudian beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta.

Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama Indonesia kemudiannya meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik.

Nama Hamka mula dikenali sebagai Sasterawan apabila menulis beberapa buah novel yang diminati ramai hingga sekarang antaranya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1937), Di Bawah Lindungan Kaabah (1936), Merantau ke Deli (1940), Tuan Direktur (1939) dan beberapa buah lagi.

Sebagai ulama pula Buya Hamka menulis berpuluh buah buku agama antaranya Tasawuf Moden (1939). Falsafah Hidup (1939) Lembaga Hidup (1940) Lembaga Budi (1940) Tafsir al Azhar 1-30 juzuk dan banyak lagi.

Selain itu Buya Hamka juga pernah memegang jawatan Pegawai Agama di Kementerian Agama, kemudian terlibat dengan gerakan Muhammadiyah dan Masyumi serta menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI). Buya Hamka juga sering diundang berceramah di radio dan TV Indonesia.

Sebagai ulama Minangkabau, Buya Hamka digelar “Tuanku Syaikh”, berarti ulama besar. Sebagai pejuang kemerdekaan, Buya Hamka mendapat gelaran “Pangeran Wiroguno” dari Pemerintah Indonesia. Sebagai ilmuan Islam, Buya Hamka mendapat gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doctor Honoris Causa) dari Universitas Al-Azhar, Mesir, pada 1959. Buya Hamka juga dianugerahkan Prof Doktor Hamka dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.

Buya Hamka pernah ditahan selama dua tahun empat bulan disebabkan perbezaan fahaman politik dengan Presiden Suekarno. Buya Hamka pernah menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi kemudiannya meletak jawatan kerana di paksa menarik semula fatwa MUI yang menfatwakan haram hukumnya umat Islam merayakan hari natal.

Ulama, Pemimpin, Sasterawan


Inilah sebuah kisah cinta yang tidak terucap oleh lidah.

Masing-masing menyimpan dalam hati kerana takut pada halangan darjat.

Pada akhirnya, apa yang dipendam menjadi bisa dan akhirnya, hanya di bawah lindungan Ka'bah, bisa cinta itu berakhir.

Di Bawah Lindungan Ka’bah


Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.

Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.

Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?

Merantau ke Deli


Sekarang dia sudah tahu wang itu boleh dijadikan titian untuk menyeberangi batang air kekurangan, dengan wang segala maksud boleh berhasil.

Tuan Direktur


Menulis riwayat hidup Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau Dr. H.A.K Amrullah, sama ertinya dengan menulis bagaimana pembangunan agama Islam di Minangkabau, negeri yang dikenali kerana sulitnya lantaran pembangunan agamanya dan kekerasan adatnya.

Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan - HAMKA.

Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.

Ayahku


Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong.



Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.



Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia.



Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.





ISI KANDUNGAN:-



1-         Anak Orang Terbuang

2-         Yatim Piatu

3-         Menuju Negeri Nenek Moyang

4-         Tanah Asal

5-         Cahaya Hidup

6-         Berkirim-kiriman surat

7-         Pemandangan di Surat

8-         Berangkat

9-         Di Padang Panjang

10-       Pacu Kuda dan Pasar Malam

11-       Bimbang

12-       Meminang

13-       Pertimbangan

14-       Pengharapan Yang Putus

15-       Perkahwinan

16-       Menempuh Hidup

17-       Jiwa Pengarang

18-       Surat-surat Hayati Kepada Khadijah

19-       Klub Anak Sumatra

20-       Rumah Tangga

21-       Hati Zainuddin

22-       Dekat, Tetapi Berjauhan

23-       Surat Cerai

24-       Air Mata Penghabisan

25-       Pulang

26-       Surat Hayati Yang Penghabisan

27-       Sepeninggal Hayati

28-       Penutup

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


VERSI INDONESIA

Tafsir Al-Azhar yang diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastra, dan psikologi.

Tafsir Al-Azhar Hard Cover Jilid 1-9


Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.

"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"

Rahsia dan penuh rahsia.

Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"

Rahsia.

Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.

ISI KANDUNGAN

Persembahan Kepada Tuan Guru A. R. Sutan Mansur
Guruku A.R. Sutan Mansur
Pengantar Falsafah Hidup
Hidup
Akal untuk Manusia
Mengatur Kerja
Akal
Alamat
Timbangan Orang Berakal
Memperhalusi Akal
Tanda Orang Berakal
Guna Akal
Ilmu dan Akal
Tujuan Akal
Akal dan Hawa
Perjuangan Akal Dan Hawa Nafsu
Jahil
Keutamaan Ilmu
Undang-undang Islam
Keutamaan
Cinta
Buah Keutamaan Budi
Didikan Keutamaan
Keutamaan dan Kewajipan
Perangai Utama Menurut Anjuran Islam
Adab Kesopanan
Adab diri Terhadap Makhluk
Beberapa Contoh Kesopanan Dalam Islam
Kesopanan Terhadap Rasulullah s.a.w.
Kesopanan Terhadap Tuhan
Kemenangan
Sederhana
Sederhana Niat dan Tujuan
Sederhana Berfikir
Sederhana Mengeluarkan Perasaan
Sederhana Keperluan Hidup
Sederhana Dalam Sukacita
Sederhana Pada Harta Benda
Sederhana Mencari Nama
Sederhana Mencari Pangkat
Didikan Kesederhanaan
Berani
Keberanian Budi
Buah Keberanian
Dengan Keberanian Mencapai Kemerdekaan
Kemuliaan
Muru'ah
Cita-cita
Percaya pada Diri Sendiri
Keadilan
Kemerdekaan Menyatakan Fikiran
Kemerdekaan Beragama
Apa Sebab Terjadi Pemisahan Gereja Dengan Negara
Dimanakah Pemisahan Agama Dengan negara
Negara-negara Moden Yang Berdiri Kerana Agama
Lahirnya Panca Sila Di Indonesia
Islam dan Negara
Kemerdekaan Hak Milik
Agama dan Kesaktian
Hikmat Keadilan
Keadilan Dan Pemegang Pemerintahan
Keadilan Dan Pemegang Pemerintahan
Persahabatan
Mencari Sahabat
Persahabatan dan Perempuan
Islam Membentuk Pandangan Hidup
Kesimpulan

Falsafah Hidup


Seringkali kita membicarakan orang yang kita cintai atau hormati dan telah berpisah dengan kita. Kita ingat segala kebaikannya dan tidak ketinggalan juga kita membicrakan kelemahannya. Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur, dan budi mulia.

Semuanya itu, iaitu budi, akal, pergaulan, kesihatan, dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu pada satu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurang dari segala yang disebutkan menyebabkan lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurang peribadi. Itulah yang menentukan mutu seseorang.

Peribadi


Buku ini mengandungi pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuh masalah.

Ia sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap insan, kerana setiap peristiwa itu mencerminkan
naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis dan tawa.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:

Kehidupan Batin dari Orang Besar
Babeek dan Fakir Hindi
Korban
Anak Gembala yang Malang
Imam yang Adil
jabatan Prisik Zaman Dahulukala
Abu Musum Al-Khurasani
Harun Al-Rasyid dengan Fudhail bin Ayyadh
Usamah bin Zaid (Jeneral Muda)
Rasulullah Sebagai Seorang Diplomat

Lembaga Hikmat


Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.

Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan

Pengantar Juzuk 30

Surah An-Naba’

Berita yang Besar!
Alangkah Hebatnya Penciptaan Allah
Hari Keputusan
Penderitaan dalam Neraka Jahannam
Nikmat Syurga bagi yang Bertakwa

Surah An-Nazi`aat

Bila Kiamat Datang
Sedikit Peringatan tentang Musa
Hal-Ehwal Hari Kiamat

Surah `Abasa

Itab yang Merupakan Cinta
Peringatan!
Insan yang Melupakan Asalnya
Rezeki Manusia
Peristiwa di Hari Kiamat

Surah At-Takwiir

Apabila dan Apabila
Sumpah

Surah Al-Infithaar

Yang Berbakti dan yang Derhaka

Surah Al-Muthaffifiin

Penimbang Yang Curang
Jalan Curang Jangan Ditempuh
Nikmat di Syurga

Surah Al-Insyiqaaq

Kehancuran
Kamu akan Menemui Allah

Surah Al-Buruuj

Cerita dan Peristiwa
Tentera-tentera

Surah Ath-Thaariq

Bintang Thariq
Semua Dipelihara
Renungkanlah dari mana Asalmu

Surah Al-A`laa

Ucapan Kesucian bagi Allah
Kelebihan Surah Ini

Surah Al-Ghaasyiyah

Wajah yang Berseri-seri
Renungkanlah!

Surah Al-Fajr

Cuba Perhatikan!
Kalau Iman Tak Ada
Insafilah!

Surah Al-Balad
Surah Asy-Syams
Surah Al-Lail
Surah Adh-Dhuhaa
Surah Al-Insyiraah
Surah At-Tiin
Surah Al-`Alaq
Surah Al-Qadr
Surah Al-Bayyinah

Surah Az-Zalzalah

Beberapa Kemungkinan Dunia Musnah

Surah Al-`Adiyat

Kepentingan Kuda di Medan Perang

Surah Al-Qaari`ah
Surah At-Takaatsur
Surah Al-`Ashr
Surah Al-Humazah
Surah Al-Fiil
Surah Quraisy
Surah Al-Maa`uun
Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kaafiruun

Pelengkap

Surah An-Nashr
Surah Al-Lahab
Surah Al-Ikhlaash

Surah Al-Falaq

Benarkah Nabi Muhammad S.a.w. Pernah Kena Sihir?

Surah An-Naas

Bibliografi

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30


Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, aiaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan Bahasa yang indah dan menarik, dan menhubungkan ayat dengan reality sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia tutut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.



ISI KANDUNGAN



1) Pendahuluan



2) Surah An-Nisaa' (Perempuan-Perempuan)



- Nabi Isa Tidak Mati Disalib

- Kepercayaan Terhadap Salib

- Kepercayaan Kristian Terhadap Salib Al-Masih

- Pandangan Seorang Muslim Yang Mengerti Agamanya Tentang Kepercayaan Itu

- Ajaran Islam Tentang Pembersihan Dosa

- Dari Mana Kepercayaan Tebus Dosa Dengan Salib?

- Kesimpulan Tentang Kepercayaan Salib

- Berita-Berita Kebangkitannya Dari Kubur

- Kematian Yahuda (Yudas) Askhariyuti

- Petrus

- Kesaksian Perjanjian Lama

- Naskah Dari Gua Qamran

- Rasul Yang Dijanjikan Itu

- Beragama Jangan Melebih-Lebihi



3) Pendahuluan



4) Surah Al-Ma'idah (Hidangan)



- Jangan Mengorak Buhul

- Makanan Yang Terlarang

- Tentang Yang Halal

- Memelihara Anjing

- Wuduk Dan Tayamum

- Lima Syarat Dan Janji

- Ingkar Janji

- Sinar Cahaya

- Anak Allah

- Perbandingan Untuk Kita Muslimin

- Kedatangan Rasulullah S.A.W.

- Pendapat Ibnu Khaldun

- Perbandingan Di Antara Naqib-Naqib

- Bughat

- Memberontak Terhadap Kekuasaan Yang Sah

- Wasilah

- Hukuman Pencuri

- Al-Quran Penggenap Dan Sumber Hukum

- Mengatur Ejekan Kepada Islam

- Tugas Rasul

- Toleransi Islam



5) Bibliografi

Tafsir Al-Azhar Juzuk 6


Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 4


Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 5


Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 2


Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 1


Nama : Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah

Nama yang sangat dikenali sehingga hari ini iaitu 'Hamka'. Beliau adalah seorang tokoh yang tersohor di dalam bidang penulisan. Hal ini terbukti apabila sampai sekarang hasil-hasil penulisan beliau masih dibaca dan diterbitkan semula.

Beliau telah berjaya menulis dan menghasilkan buku dan novel yang telah dikenali di Malaysia dan Indonesia. Antara karya beliau yang dikenali ialah Di Bawah Lindungan Ka'bah, Tenggelamnya Kapal van der Wijick, 1001 Soal Hidup, Tasawuf moden dan banyak lagi.

Buya HAMKA


Hanya 4 bulan Hamka di negeri Dollar ini. Tidaklah seimbang kesempatan yang diberikan kepadanya dengan banyaknya hal-hal yang harus ditinjaunya. Hampir semua kota-kota besar yang kenamaan sudah dijalaninya.

Berbagai universiti, gereja dan taman yang indah diziarahinya. Diperhatikannya perkembangan agama satu demi satu di Dunia Baru itu. Sehingga tibalah saatnya beliau berjumpa sendiri dengan orang yang mendakwakan dirinya menjadi TUHAN.

Dilihatnya dari dekat betapa orang memprodusir film di Hollywood dan bagaimana hakekat hidup bintang-bintang film itu pada umumnya. Dan sebagai salah seorang guru dari Corps Pendidikan Rohani dalam Angkatan Perang R.I, hati Hamka pun tertarik berkunjung ke Westi Point, tempat pendidikan cadet-cadet militer U.S.A.

Di Musium Nasional di Chicago tampaknya Hamka agak lama terpegun disana, di ruang yang mempamerkan hasil budaya dan seni “alam Minangkabau."

Soal Negro yang sampai sekarang belum lagi beroleh penyelesaiannya di Amerika Serikat itu, tidak luput dari pandangan Hamka yang dinukilkannya dalam satu bab yang khusus.

Dan bila Hamka sejenak dapat bertamu pada satu keluarga dari Dunia Baru yang modern itu, maka berkatalah ia: “Bila saya menjadi tetamu di dalam rumah keluarga Echols, bertemulah saya bukti, bahwasanya kemanusiaan di dunia ini adalah satu dan budi baik pun satu.”

PENERBITAN SEMULA BUKU "4 BULAN DI AMERIKA"
(Karya Hamka 1952)

4 Bulan Di Amerika Jilid 1


Buku ini adalah sambungan daripada buku 4 Bulan Di Amerika (Jilid 1). Hamka menggambarkan pemerhatian dan pengalaman beliau di dalam buku ini mengenai budaya dan sikap negara luar dalam membina budaya di negara sendiri.

Sinopsis :

Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khusunya Melah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal.

"Benua sebesar itu, Negara sebesar dan seluas itu, mempunyai hal-hal yang patut dipelajari darinribuan segi. Sedang masanya hanya empat bulan. Alangkah sedikit! Sebab itu tidak ada jalan lain bagi saya, hanya membatasi apa yang akan saya pelajari itu. Jangan banyak-banyak! Supaya jangan kecewa nantinya. Maka saya simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara sahaja. Itu pun sudah banyak.

1. Bagaimanakah besarnya kemungkinan manusia kepada hidup beragama, dipangkal kedua dari abad kedua puluh ini? Dan apakah peranan yang akan diambil Islam dalam hal itu?

2. Dimanakah letak tanah airku Indonesia dalam pergaulan bangsa-bangsa? Dan apakah tugasnya dalam mebina dunia baru?

3. Siapakah sebenarnya AKU ini? Dimana sebenarnya tempatku berdiri? Apakah tugasku dalam hidup?

4 Bulan Di Amerika Jilid 2

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.