FIXI

Sebagai pelajar baru di sekolah, banyak benda baru yang dia perlu cari. Seperti kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru.

Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.

Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru.

Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.

Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?

ENTITI


Ridhwan Saidi dibesarkan di sekitar Lembah Klang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina) daripada UiTM. Beliau pernah bekerja bersama arkitek vernakular tersohor tanah air untuk menyedari bahawa perkembangan fikirasa senibina di negara ini juling. Beliau kemudian beralih menulis esei mengenai senibina dan sinema dan mula menghasilkan filem pendek

secara amatur. Filem-filem pendek beliau pernah ditayangkan di Malaysian Shorts, Filmmaker Anonymous, Maskara Shorties dan beliau baru-baru ini mewakili Malaysia di Filmapalooza 2011, Miami International Film Festival. Dunia penulisannya masih lagi berada pada tahap pra-matang melalui esei-eseinya yang terselit di dalam antologi Orang Macam Kita, New Malaysian Essays 2, dan terutamanya di blog Bin Filem dan samizdat terbitan beliau dan rakan-rakan. Ridhwan Saidi gemar berfoya-foya dengan idea.

BRAZIL


Pemenang pertandingan novel Sarawak anjuran Buku Fixi.

“Kitak okay, Tihah?” tanya Omar.

“Kamek okay. Cuma kamek risau jak. Kamek blur sik tauk kenak semua tok terjadi. Apa salah kamek? Banyak gilakkah dosa kamek sampe dapat nasib kedak tok?” Fatihah sayu. Mak Limah merangkulnya. Tangis esak Fatihah cuba ditahan. Fatihah pasrah.

“Kamek sik pasti juak apa yang jadi, tapi kamek akan protect kitak sigek family. Kitak boleh harapkan kamek. Iboh risau gilak okay?” kata Omar. Dia masih cuba menyembunyikan hal sebenar. Makhluk-makhluk ghaib itu, dia tahu akannya. Dan keberadaan mereka di situ untuk menyerang Fatihah juga diketahuinya. 

BANGKIT

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.