Turki Uthmaniah: Persepsi Dan Pengaruh Dalam Masyarakat


Masyarakat Melayu mempunyai persepsi yang tinggi terhadap dawlah Turki Uthmaniah. Persepsi dan kecenderungan ini banyak tercatat dan dikenal pasti dalam karya-karya sastera Melayu tradisional. Sejarah juga menunjukkan masyarakat Melayu menjalinkan hubungan dengan dawlah Turki Uthmaniah sejak abad ke-16 Masihi. Perkembangan pesat industri persuratkhabaran menunjukkan liputan meluas menegenai dawlah Turki UThmaniah seperti akhbar Jawi Peranakan, al-Imam, Neracha, Tunas Melayu, Seruan Azhar dan juga Idaran Zaman. Selain itu, pada pertengahan kedua abad ke -19, pemikiran dan gagasan Pan-Islamisme berkembang kesan penjajahan Barat terhadap dunia Islam. Oleh itu, Pan-Islamisme direncanakan untuk berhadapan dengan ketamakan kuasa Barat dan menyeru kepada kesetiaan dan kesatuan umat Islam di bawah sultan Turki Uthmaniah. Buku ini sesuai untuk rujukan para penyelidik, pelajar institusi pengajian tinggi dan khalayak yang meminati disiplin sejarah.

Beli Sekarang

Post a Comment

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.