Saya Pun Melayu (Edisi Baru)


Saya Pun Melayu, memberi peluang kepada pembaca memahami dengan lebih jelas siapa Zaid Ibrahim. Kenapa beliau meletak jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat daripada UMNO, parti yang disertainya selama 23 tahun, dan mengapa sesetengah pemimpin UMNO begitu membencinya sehingga mendesaknya keluar daripada rumpun Melayu. Anda akan mengetahui rahsia di sebalik kritikan beliau terhadap konsep Ketuanan Melayu serta pandangannya berhubung kedudukan Raja-raja Melayu dari sudut undang-undang dan politik. Zaid juga berkongsi pengalaman sebagai anggota kabinet Abdullah Badawi serta mengupas sejauh mana kemampuan dan kelemahan Najib untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Tulisan Zaid mungkin kontroversi, tetapi bagi beliau kebenaran harus ditampilkan meskipun pahit. Buku ini menyerlahkan pandangan, kritikan dan cadangan penulis yang yang ingin melihat demokrasi dipupuk dan disuburkan di Malaysia.

Saya Pun Melayu, adalah buku yang menarik, dan seronok dibaca untuk kita memahami dengan jelas tentang kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda Malaysia masa kini.

Beli Sekarang

Post a Comment

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.