Saya Malala: Gadis Yang Memperjuangkan Pendidikan Dan Ditembak Oleh Taliban


Apabila Taliban menguasai Lembah Swat di Pakistan, seorang gadis cilik mula bersuara. Malala Yousafzai enggan berdiam diri tetapi berjuang menuntut haknya mendapatkan pendidikan. Pada Oktober 2012, tatkala usianya mencecah 15 tahun, nyawa Malala hampir-hampir tergadai. Dia ditembak di kepala semasa perjalanan pulang ke rumah dari sekolah dan harapan untuk hidup tipis. Namun, penyembuhan Malala yang hebat telah membawa dia dari kawasan terpencil di utara Pakistan ke dewan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Pada usia 16 tahun, dia muncul sebagai lambing protes keamanan global. Setahun kemudian, dia menjadi penerima Hadiah Nobel Keamanan yang termuda.

Dipuji kerana ‘perinciannya yang hebat’ oleh Associated Press, Saya Malala akan membuat pembaca percaya pada kuasa suara seseorang untuk merubah dunia.

Beli Sekarang

Post a Comment

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.