Pergi Mampuslah UMNO: Benci Atau Kecewa


Pergi Mampuslah UMNO: Benci Atau Kecewa adalah rentetan pendapat berani dan jujur oleh penulis  dan Tokoh Wartawan Negara yang dikenali sebagai penyokong kuat UMNO sejak puluhan tahun. Dari wartawan biasa hingga ke jawatan kanan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan akhbar paling berpengaruh, Utusan Melayu, dan kemudiannya sebagai Menteri, tidak terfikir baginya bahawa UMNO kini menjadi parti yang amat dibenci, bak kata pepatah, berkerat rotan
berptah arang.

Mengambil sikap sedemikian bukanlah mudah baginya, kerana setelah mengenali UMNO dan memperhambakan dirinya di bawah empat Perdana Menteri- dari Tunku Abdul Rahman hingga kepada Mahathir, Zam mempunyai autoriti untuk menilai simpang siur politik UMNO dari sebuah parti yang disanjung kepada momokan dan kebencian.

Inilah intipati utama buku ini. Penulis dengan penuh sinikal mengulas berbagai isu yang menjerat UMNO dalam kancah politik baru Malaysia- antara survival dan penghujung nyawa.

Beli Sekarang

Post a Comment

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.