Merdeka Minda Melayu - Versi Melayu


Dalam Merdeka Minda Melayu, M. Bakri Musa meneroka dengan jelas satu laluan ke arah Malaysia yang bebas, dengan penuh hati-hati mengulas sejarah lalu negara dan menilai obsesi orang Melayu masa kini mengenai Ketuanan Melayu. Buku ini meneroka cara-cara bagaimana hak istimewa dan status "bumiputera" yang diberikan telah sebenarnya menyekat orang Melayu dalam membentuk sebuah Tanah Melayu yang berpendidikan, dinamik dan bersaing secara global.

Dr Bakri Musa mengulas budaya Melayu melalui kaca sejarah, psikologi dan agama dan menjelaskan langkah-langkah yang perlu untuk memerdekakan pemikiran kolektif orang Melayu melalui kebebasan mendapat maklumat, dan penglibatan dalam perdagangan.

Dengan laluan yang berhati-hati, bukan dengan bergantung harapan kepada tangkai azimat politik Artikel 153, Merdeka Minda Melayu memacu cara ke depan sebagai Malaysia yang berdikari, yang dapat mengubah krisis kepada peluang, dan cabaran kepada inspirasi.

"Tidak seperti merdeka politik - yang diberi kepada kita oleh penjajah British - minda kita yang merdeka tidak boleh dihadiahkan kepada kita. Kita mesti berusaha mendapatnya. Hanya dengan ini saja, kita boleh menjadi Tuan Walau di mana-manapun selain di Tanah Melayu."
- M. Bakri Musa

Beli Sekarang

Post a Comment

Sembang Buku

© Lubuk Buku Malaysia. Design by Fearne.